1970
- Tema : Muhibah dan Perpaduan
1971 - Tema : Masyarakat Progresif
1972 - Tema : Masyarakat Adil
1973 - Tema : Masyarakat Berkebudayaan
Malaysia
1974 - Tema : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 - Tema : Masyarakat Berdikari
Tema : Ketahanan Rakyat
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu
membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara.
Tema
"KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan
rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara.
Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat
yang berkebudayaan.
Bulatan
tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan.
Lima
lembaga manusia juga mencerminkan
lima
prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara.
Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera
Malaysia
.
|
Tema : Bersatu Maju
Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai
lima
bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan
semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat
untuk bersatu.
Lima
bahagian atau tiang yang ada melambangkan
lima
prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling
tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan.
Tiang-tiang
lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan
perahu melambangkan empat prinsip rukunegara yang lain,
sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras
kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul
dari bumi negara ini. Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa
bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka.
Empat
tiang diperbuat daripada timah bagi menandakan kemajuan perdagangan
dan perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi
diperbuat daripada kayu belian (satu-satunya kayu yangpaling keras)
bagi menandakan keteguhan bumi
Malaysia
.
Di
kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru
laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan
yang dialami sejak merdeka. Sementara jejambat kecil yang menyerupai
petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan
sistematiknya ekonomi pertanian negara ini.
Jadi
jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor
kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah.
|
Tema
: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI
PERPADUAN", logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang
berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang
bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia).
Di
dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam
bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan
diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah
bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat.
Bulatan
yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna
merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali
kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21tahum merdeka.
Ringkasnya
logo tahun ini memberikan penerangan babawa
Malaysia
adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan
mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu
berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.
|
Tema : Bersatu Berdisplin
Logo ini berbentuk
lima
segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya.
Lima
bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara
dan juga rakyat
Malaysia
yang berbilang kaum.
Segi
lima
yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin
rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan
negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang
berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk
lima
segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan
memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja.
Selaras
dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat
Malaysia
daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan
masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip
Rukunnegara dan dengan itu dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.
|
Tema : Berdisplin Berbakti
Logo ini melambangkan masyarakat
Malaysia
yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan
Rukunnegara (bentuk
lima
segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan
yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan
berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan
Negara.Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu
melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga
menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.
|
Tema
: Berdisplin Berharmoni
Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang
telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai
kemerdekaan dahulu.
Bentuk
yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan
masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha
menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui
lima
tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip
Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan
kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan
kemasyarakatan.
|
Tema
: Berdisplin Giat Maju
Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan.
Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan
yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri.
Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera
Malaysia
.
Lima
kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai
lima
prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan yang
kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan.
Seperti
digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat
terhadap negara dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan,
liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang
pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan
terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.
|
Tema
: Bersama Ke Arah Kemajuan
Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan
gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan.
Logo
ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa
golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui
tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain
yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan
kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan
persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam.
Ketiga-tiga
golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan
didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak
Kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.
|
Tema
: Amanah Asas Kejayaan
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS
KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian,
kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah.
Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk
lima
segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di
dalam negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor
awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek.
Manakala
lima
bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita
usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula
dari bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek
lain.
|
Tema
: Nasionalisme Teras Perpaduan
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME
TERAS PERPADUAN".
Lima
bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan
rakyat
Malaysia
berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu
manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme
yang menjadi teras perpaduan tersebut.
Bulatan
putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni.
Bulatan
biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum
menjadikan satu bangsa rakyat
Malaysia
manakala bulatan kuning melambang negara
Malaysia
yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme
menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang
cintakan negara.
|
Tema
: Bangsa Tegas Negara Teguh
Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA
TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan
kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan
kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.
Sikap
negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya
sokongan lapisan rakyat
Malaysia
seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu.
Warna
Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu
daripada prinsip Rukunnegara.
|
Tema
: Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan
sementara bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk
empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu
perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian.
Kegiatan
dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh
lima
bidang kegiatan yang dilambangkan oleh
lima
bulatan.
Lima
bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan,
perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan.
Lima
bulatan juga melambangkan Rukunegara.
Warna
kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang
mewarnai bentuk empat segi dan
lima
bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata
yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha.
Gabungan
warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA
MAJU.
|
Tema
: Bersatu
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala
dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat
Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan
perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa
Malaysia
.
Lima
jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian
lima
prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini.
Tiga
cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi
asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat
Malaysia
.
Warna
kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat
bersatu.
|
Tema
: Bersatu
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman
tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep
logo ini.
Petak-petak
berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang
perpaduan masyarakat berbilang bangsa di
Malaysia
. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di
negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional.
Bentuk-bentuk
ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri,
iaitu jalur yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran
agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran
agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebasan
menyuarakan cita-cita masyarakat.
Petak-petak
yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan
satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan
berganding bahu.
Sementara
empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukumg sebuah
negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.
|
Tema
: Berjaya
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan
tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat
Malaysia
berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta
keamanan untuk memastikan kejayaan
Malaysia
seluruhnya.
Warna
kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja
berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang
seterusnya akan menjamin kejayaan
Malaysia
.
Jalur
merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti
kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan
cita-cita negara yang tiada hadnya. Warna ini juga melambangkan konsep
Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara.
Warna
biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan
kestabilan negara.
|
Tema
: Wawasan 2020
Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020.
Anak
panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning
melambangkan azam dan tekad rakyat
Malaysia
yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah
negara maju.
Bentuk
segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk
melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut.
Bulatan
biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang
terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam
usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.
|
Tema
: Wawasan Asas Kemajuan
Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W'
merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W'
yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu
kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat
Malaysia
dan negara di masa depan.
Warna-warna
merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera
Malaysia
yang terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat
berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang
merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial
dapat bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan.
Secara
keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni
dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan
bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa
depan.
|
Tema
: Bersatu Menuju Wawasan
Rekabentuk: Bentuk hampir bulatan :
Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan,
berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.
Warna:
Merah dan putih :
Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang
mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk
mencapai apa yang di wawasankan.
Biru
:
Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat
Malaysia
yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang
berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan.
Kuning
:
Menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi
mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan
warna-warna di atas melambangkan cita-cita yang tinggi serta
perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang
diidam-idamkan oleh setiap rakyat
Malaysia
.
|
Tema
: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Bentuk
hati dan anak panah : Nilai murni, bukan
hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi
terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu
berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati.
Warna
putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan
hati dengan sifat nilai-nilai murni.
Warna
merah dan biru pada bentuk 'hati besar' melambangkan berbagai kaum dan
lapisan masyarakat
Malaysia
.
Warna
kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat.
Secara
keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkan nilai
murni bukan hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja
tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk
seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada
niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat
Malaysia
menjayakan dan menuju wawasan 2020.
|
Tema
: Jatidiri Pengerak Wawasan
Konsep Logo :
Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya.
Keterangan
Rekabentuk :
Bentuk
lima
kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai
lima
rangkaian prinsip Rukunnegara. Warna-warna merah, putih, kuning dan
biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna bendera
Malaysia
yang melambangkan rakyat
Malaysia
dari berbilang kaum, agama dan kebudayaan berusaha membentuk suatu
jatidiri tersendiri.
Warna
putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa
maksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat
Malaysia
telah membentuk keharmonian rakyat.
Warna
kuning membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak
dicapai.
Warna
merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat
keberanian menempuh cabaran di dalam dan di luar negara.
Warna
biru membawa maksud rakyat
Malaysia
bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan
sejahtera.
Secara
keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat
Malaysia
berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat
dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara
demi menggerakkan Wawasan 2020.
|
Tema
: Budaya Penentu Kecapaian
Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif
dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina
satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat
waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah
negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.
Warna
Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.Warna
merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa
rakyat.
Warna
putih melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai
kejayaan bersama.
Warna
kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu
keharmonian pelbagai kaum.
|
Tema
: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Reka bentuk :
Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan
berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di
Malaysia
hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia
mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara.
Warna
:
Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning
melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat
berani berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.
|
Tema
: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke
arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan
politik.
Tiga
bulatan merangkumi warna asas Bendera
Malaysia
berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di
Malaysia.
Bulatan
biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan
negara.
Warna
putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha
padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan
kedaulatan Negara.
|
Tema
: Bersatu Ke Alaf Baru
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan
minda rakyat
Malaysia
sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke
alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar.
Bentuk
kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah
melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan
rakyat rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna putih
melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning
melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat
Malaysia
menjunjung kedaulatan negara.
|
Tema
: Keranamu : MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 43 bagi tahun 2000 ini
menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan,
kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.
Bulatan
berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah
negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama
rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya
hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu.
Warna
merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama
di
Malaysia
(Pribumi,
Cina
,
India
) menadah tangan bersama (Keranamu :
Malaysia
) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan
dan kemakmuran di bumi bertuah bernama
Malaysia
. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di
masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang
meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.
|