![]() |
PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA UNIT HEM | |
DISIPLIN
DAN KESELAMATAN. A. DISIPLIN 1.
OBJEKTIF. 1.1 Meningkatkan
tahap pengkayaan nilai disiplin. 1.2 Menamankan
kesedaran bahawa disiplin menjadi tunggak dalam menuju kejayaan dalam semua
bidang. 1.3 Menwujudkan
masyarakat penyayang di sekolah. 1.4
Membentuk pembinaan insani yang sempurna serta bertanggungjawab terutama
dari segi akhlak
dan budi pekerti. 2.
PERANCANGAN TAHUNAN. 2.1 Menyediakan
senarai “PERATURAN SEKOLAH DAN SALAHLAKU”,
untuk :
1. Diedar dan ditampal pada setiap kelas.
2. Dibaca dan difahami.
3. Ditampal di papan kenyataan umum. 2.2
Melantik pengawas-pengawas sekolah yang terdiri dari murid-murid lelaki
dan perempuan dari
tahun 2 hingga tahun 6. 2.3
Memberi taklimat mengenai tanggungjawab kepada semua pengawas dari masa
ke semasa. 2.4 Menubuhkan
Jawatankuasa Pengawas Sekolah. 2.5 Memberi tugas
harian kepada semua pengawas. 2.6 Mengemaskini
bilik pengawas. 2.7 Menyediakan buku
rekod salahlaku dan buku laporan disiplin murid. 2.8 Mengambil
tindakan yang wajar terhadap murid-murid yang bemasalah dan ponteng
sekolah. 2.9 Taklimat keselamatan
jalan raya. 2.10
Mengadakan pemeriksaan basikal murid-murid dari masa ke semasa untuk
mengelakkan dari kecurian. 2.11 Mempastikan
semua murid sentiasa berbaris dan bersopan semasa rehat. 2.12 Membantu
guru-guru apabila diperlukan dari masa ke semasa. 2.13 Mengadakan
mesyuarat bila-bila
diperlukan. 2.14 Mengadakan
kursus Bimbingan Pengawas. B. KESELAMATAN PERANCANGAN
TAHUNAN. 2.1 Menyediakan peraturan
dan arahan yang mesti dipatuhi bila berlaku kebakaran/kecemasan. 2.2 Menyediakan pelan yang
mesti diikuti dan patuh bila berlaku kebakaran. 2.4
Menampalkan pelan tersebut dalam tiap-tiap bilik darjah dan
tempat-tempat yang penting dan
juga di papan kenyataan. 2.4 Mengadakan latihan
kebakaran pada bila-bila masa. 2.5
Menjemput pegawai bomba memberi ceramah semasa latihan kebakaran. KANTIN
SEKOLAH. 1.
OBJEKTIF. 1.1
Memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada semua guru, murid dan
tetamu yang datang
ke sekolah. 1.2
Mewujudkan kesedaran semua pihak agar mematuhi segala arahan dan
peraturan yang
dikeluarkan oleh Kementerian dan Jabatan. 2. PERANCANGAN TAHUNAN. 2.1 Memastikan semua
kemudahan yang ada di kantin tersusun dengan kemas, bersih dan rapi. 2.2 Mempamerkan di
papan kenyataan di kantin perkara-perkara berikut:
a). Senarai Jawatankuasa Kantin
b). Senarai Pengawas Kantin.
C). Peraturan kantin.
D). Poster-poster yang berkaitan. 2.3 Memastikan persekitaran
dan kantin sentiasa bersih. 2.5
Memastikan semua makanan yang dijual mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Kementerian
dan Jabatan Kesihatan. 2.5 Mempastikan makanan dan
minuman yang dijual dengan harga yang berpatutan. 2.6 Mempastikan semua murid
mematuhi segala peraturan semasa di kantin. 2.7 Menyediakan buku
“Laporan Kantin” untuk diberi perhatian dan diambil tindakan. 2.8
Peringatan mengenai perkara berikut diberi perhatian dan diambil semasa
perhimpunan mingguan.
A.) Adat dan sopan santun semasa makan.
B). Tatatertib semasa membeli makanan dan minuman. C).
Bersyukur atas rezeki dan berdoa sebelum dan selepas makan/minum. 3. KHAS UNTUK MURID. 3.1 Membasuh tangan dan
membaca doa sebelum dan selepas makan dan minum. 3.2 Beratur semasa membeli
makanan atau minuman. 3.3 Jangan membazir makanan. 3.4
Segala bungkusan dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam bakul
sampah atau
tong sampah. 3.5 Jangan meludah dan
mengotorkan kantin. 3.6 Semua pihak
bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin. 4. KHAS UNTUK PEKERJA KANTIN. 4.1 Memakai apron sepanjang
masa mengendalikan kantin. 4.2 Sentiasa keadaan bersih
sepanjang masa. 4.3 Bertudung atau bertopi
di kepala. 4.4 Menggunakan penyepit
semasa mengambil makanan. 4.5 Menjaga kebersihan
tempat menyedia makan dan tempat memasak. 4.6 Menjalani pemeriksaan
doktor. KESIHATAN
DAN KEBAJIKAN MURID. A.
KESIHATAN
1.
OBJEKTIF. 1.1 Memastikan kesihatan
murid dalam keadaan baik. 1.2 Menggalakkan semua
murid mempunyai fizikal dan mental yang baik dan sihat. 1.3
Menanamkan sikap mementingkan kebersihan rohani dan jasmani seterusnya persekitaran
mereka. 2.
PERANCANGAN TAHUNAN. 2.1 Mengemaskini “Bilik
Rawatan /Klinik Sekolah”. 2.2 Menyediakan jawatankuasa yang dilantik untuk tugasan harian. 2.3
Melantik murid tahun 5 dan 6 sebagai pengawas Bilik Kesihatan supaya
bilik sentiasa bersih
dan kemas. 2.4 Menyediakan ubat-ubat
pertolongan cemas secukupnya. 2.5 Mengawasi kesihatan
murid dan keselamatan dari masa ke semsa. 2.6
Menyediakan kemudahan asas dan memberi kerjasama dan bantuan kepada
Pegawai Kesihatan/Pergigian
memeriksa dan memberi rawatan kepada murid-murid. 2.7 Menyedia dan
melengkapkan “Rekod/Kad Kesihatan” (tindakan guru kelas). 2.8 Mengedarkan Borang
Kebenaran Ibubapa/Penjaga untuk suntikan pelali untuk tahun 6 sahaja. 2.9 Menjemput Pegawai
Kesihatan untuk memberi ceramah kesihatan. 2.10 Mempamerkan
poster-poster yang berkaitan dengan kesihatan. 2.11 Melaksanakan projek
mengikut keperluan semasa. 3. PERATURAN
BILIK RAWATAN. 3.1
Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik rawatan tanpa izin guru
kelas/guru yang bertugas. 3.2
Memastikan Guru Bertugas mencatat nama murid sakit yang masuk berehat
dalam Bilik rawatan. 3.3
Pengawas/Ketua Darjah dikehendaki melaporkan sebarang kemalangan kepada
guru yang bertugas
secepat mungkin. 3.4 Murid tidak dibenarkan
menyentuh apa-apa barang dalam bilik rawatan. 3.5 Murid yang sakit dan
ingin berjumpa doktor hendaklah dapatkan borang di pejabat sekolah. 4.
LAIN-LAIN PERKARA. 4.1
Mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap murid-murid mengenai kebersihan
diri seperti rambut,
gigi, kuku dan pakaian dari masa ke semasa. 4.2
Memastikan rancangan “Colgate Sekolah” sampai ke tangan murid dan
digunakan dengan sewajarnya.
B.
KEBAJIKAN MURID. 1.
OBJEKTIF. 1.1.
Membuat perangkaan sewajarnya bagi menangani masalah kebajikan murid
dari semasa ke
semasa. 1.2 Mengurangkan perasaan
rendah diri pada murid. 1.3 Memastikan semua murid
yang kurang bernasib baik mendapat berbagai kemudahan/bantuan. 1.4 Menanamkan semangat
berjimat cermat dan menyumbang di kalangan murid. 2.
PERANCANGAN TAHUNAN. 2.1 Menyediakan
senarai anak yatim dan fakir miskin. 2.2.
Membantu menguruskan
murid-murid yang ingin mendapat bantuan
di institusi kebajikan seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
A). Kewangan ..... yuran.
B). Pakaian sekolah.
C). Basikal.
D). Cermin Mata. 2.3 Menggalakkan
murid-murid menderma kepada ‘TABUNG AMAL JARIAH” yang diedarkan. Hasilnya akan digunakan untuk tujuan berikut:-
A). Derma kepada murid yang mendapat kemalangan.
B). Sumbangan kepada murid yang ibubapanya meninggal dunia. 2.4 Menggalakkan
murid-murid menabung melalui simpanan “Tabung Haji”. 2.5 Menjalankan
kerja-kerja kebajikan dari masa ke semasa. SKIM
PINJAMAN BUKU TEKS. 1.
OBJEKTIF. 1.1 Untuk memberi
kemudahan kepada semua murid sekolah ini. 1.2 Membentuk
kesedaran individu tentang menghargai harta benda sekolah dan kerajaan. 2. PERANCANGAN
TAHUNAN. 2.1 Mengemaskini bilik buku
SPBT.(BOSS) 2.2 Menyemak penyata
komputer untuk tindakan selanjutnya jika ada masalah. 2.3 Menerima dan
memproses buku dari pembekal. 2.4 Mengagihkan buku
kepada murid di minggu pertama persekolahan. 2.5 Mengagihkan
borang “G” kepada guru untuk dilengkapkan dan disimpan oleh GPK. 2.6 Menyediakan
senarai hapuskira untuk dihantarkan ke Jabatan. 2.7 Mengadakan
pemeriksaan Buku Teks mengejut kepada semua murid dari masa ke semasa. 2.8 Melantik Pembantu
SPBT di kalangan murid tahap 2. 2.9
Memastikan Bilik SPBT sentiasa kemas dan bersih dan semua buku tersusun
mengikut mata
pelajaran. 2.10
Memproses permohonan SPBT dan memberi kelulusan sama ada layak atau
tidak. 2.11
Setiausaha memanggil Penyelaras Tahun bermesyuarat bila perlu. 2.12
Penyelaras Tahun perlu membuat senarai semak kelayakan dan selesai
seminggu dari tarikh Panel Kelayakan bersidang. 2.13
Penyelaras Tahun membantu setiausaha SPBT mengedarkan surat
pemberitahuan kelayakan. *3.
TUGAS GURU KELAS DALAM PERJALANAN SPBT SEKOLAH Guru Kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks diberikan kepada murid yang layak seperti yang ditetapkan oleh program ini.Beliau juga wajar memupuk rasa sayang akan buku teks dan menimbulkan kesedaran tentang faedah yang diterima oleh murid melalui SPBT. Oleh itu, guru kelas mempunyai tanggungjawab seperti yang berikut :
(i)
Bekerjasama dengan guru SPBT dalam perlaksanaan dan pengurusan SPBT. (ii)
Mengedarkan, mengumpulkan dan menyemak Borang Kelayakan Murid (Borang
SPBT 1) sebelum diserahkan kepada penyelaras tahun. (iii)
Menyediakan cadangan senarai nama yang layak dan yang tidak layak
menerima pinjaman buku teks. (iv)
Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula buku teks dari
murid. (v)
Mengisi borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan
pemulangan buku teks daripada murid. (vi)
Memastikan murid menggantikan buku teks yang dihilangkan/dirosakkan oleh
mereka. (vii)
Memastikan buku teks di tangan murid dijaga dengan baik. (viii)
Memastikan murid melengkapkan maklumat diri mereka di ruang yang
disediakan pada cap SPBT. RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN DAN PROJEK SUSU SEKOLAH. 1.
OBJEKTIF. 1.1.
Meningkatkan lagi taraf kesihatan murid dan amalan pemakanan melalui
makanan seimbang
dan tabiat minum susu. 1.2 Menggalakkan
murid suka minum susu. 1.3
Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan berkenaan dengan makanan
seimbang dan amalan
harian. 2.
PERANCANGAN TAHUNAN. 2.1 Menyediakan senarai
nama murid yang layak mendapat RMT dari tahun 1 hingga 6. 2.2 Memilih dan memastikan murid yang layak menerima susu percuma bukan
dari murid RMT. 2.3 Membuat pesanan susu
mengikut jadual yang ditetapkan. 2.4
Melantik pengusaha kantin untuk menyediakan dan mengelolakan RMT
mengikut menu yang
ditetapkan. 2.5
AJK RMT sentiasa mengawa murid semasa makan dan mencatatkan kehadiran
murid dalam
jadual kedatangan. 2.6 AJK RMT sentiasa
mengawasi, menilai dan memerhati mutu
makanan yang disediakan. DATA / MAKLUMAT
1.
Objektif 1.1
Membantu PPD, JPN Dan kementerian Pendidikan dalam perancangan
pendidikan dengan mengemukakan data yang tepat. 1.1
Kesedaran kepentingan maklumat kepada semua. 2.
Perancangan : 2.1
Menguruskan kemasukan dan mengemaskinikan data dalam komputer menerusi
aplikasi EMIS, SMS dan Penyata Bulanan. 2.2
Melaporkan peningkatan atau peningkatan bilangan murid mengikut kelas 2.3
Menyediakan statistik mengikut keperluan JPN atau PPD. 2.4
Mengemaskini Jadual Statistik murid yang dipamerkan dalam pejabat. 2.5
Menghantar Disket ke PPD dan JPNS sebelum daripada tarikh yang
ditetapkan setiap bulan. PENDAFTARAN DAN REKOD 1.
Objektif : 1.1
Membantu melancarkan urusan rekod dan pendaftaran. 1.2
Membantu mempertingkatkan kecekapan pengurusan. 1.3
Memeberi khidmat yang terbaik untuk masyarakat. 2.
Perancangan : 1.
Menguruskan kemasukan murid tahun satu. 2.
Menulis maklumat murid dan rekod daftar murid. 3.
Menguruskan pengesahan murid : -
Menghantar surat makluman pengesahan -
Menyediakan Kad Nama murid tahun 1 -
Menggerakkan Jawatankuasa Hari Suaikenal Tahun 2002 4.
Memproses borang Rayuan Tahun 1 5.
Memastikan kad kesihatan, kad gigi, Buku Laporan Kemajuan dan sebagainya dalam fail peribadi tersusun mengikut kelas. 6.
Menguruskan pengasingan fail-fail peribadi mengikut pergerakan murid
setiap akhir tahun. 7.
Bekerjasama dengan guru kelas dalam melaksanakan tugas. 8.
Memastikan Buku Kedatangan diisi dengan lengkap Memastikan Buku
Kedatangan murid sampai ke Pejabat sebelum atau pada pukul 9 pagi setiap
hari 9.
Memastikan murid keluar masuk dicatat.Sentiasa semak fail kemasukan dan
pertukaran murid. 10.
Mengumpul Borang Data Peribadi murid. 1.
Menguruskan pemberian sijil-sijil di akhir tahun seperti sijil berhenti
sekolah dan lain-lain sijil yang diperlukan. 2.
Menguruskan borang-borang penempatan murid tahun 1 dan tahun 6 serta
pekeliling penempatan dari PPD seperti rayuan penempatan. INVENTORI / PERABOT 1.
OBJEKTIF. 1.1 Memastikan perabot dan
kelengkapan sekolah dalam keadaan baik 1.2 Memastikan Hak Kerajaan
tidak disalahgunakan atau berlaku kehilangan 1.
PERANCANGAN 2.1
Menyenaraikan semua barangan yang dikategorikan dalam inventori sekolah
oleh guru-guru kelas dan guru bilik khas. 2.2
Melabelkan barang atau perabot yang baru. 2.3
Memastikan barang tidak hilang. 2.4
Menyediakan buku daftar inventori yang
mengandungi -
Nama bilik dan Nombor Bilik Inventori - Item dan Kod Inventori 2.5
Merekod harta kerajaan ke dalam Kad Biru dan kad Hijau Inventori 2.6
Mengawasi pergerakan perabot dalam kelas dan bilik-bilik khas. 2.7
Rekod bilangan perabot yang ditampal di setiap bilik. 2.8
Mengawal keluar masuk kerusi dan meja dari stor. 2.9
Merekod perabot yang telah rosak.
KEBERSIHAN
DAN KECERIAAN 1.
OBJEKTIF. 1.1 Memastikan keadaan
sekitar sekolah bersih dan ceria. 1.2 Mewujudkan “ Sekolah
Dalam Taman” 2.
PERANCANGAN 2.1
Jawatankuasa ini juga menjadi jurufoto.Setiap majlis rasmi sekolah
perlu diambil dan album tersebut perlu disimpan dalam bilik Guru Besar. 2.2
Menyediakan pelan induk lanskap sekolah. 2.3
Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan
sekolah seperti: i)
Mengadakan pertandingan kebersihan kelas. ii)
Ceramah-ceramah alam sekitar iii)
Pertandingan poster kebersihan. iv)
Menanam bunga/pokok. v)
Kempen kebersihan. vi)
Gotong-royong. 2.1
Mengadakan program “Kawasan Angkat Kebersihan“ dimana setiap kelas
mengambil satu kawasan untuk diceriakan. 2.2
Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan
dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan. 2.3
Melukis mural dinding. 2.4
Membuat lanskap di depan ruang legar sekolah. 2.5
Membuat taman-taman contohnya taman herba. KOMPUTER SEKOLAH 1.
OBJEKTIF. 1.1
Memastikan komputer sekolah dalam keadaan baik dan bilik komputer dalam
keadaan kemas. 1.2
Memastikan Hak Sekolah tidak disalahgunakan atau berlaku kehilangan.
1.
PERANCANGAN 2.1
Melabelkan barang atau perabot yang terdapat dalam bilik komputer. 2.2
Memastikan kebersihan dan keceriaan terpelihara. 2.3
Membuat peraturan dan memastikan guru dan murid mematuhi peraturan
tersebut. 2.4
Membuat jadual penggunaan komputer dalam pembelajaran. 2.5
Mengadakan kursus dalaman komputer dalam pendidikan. 2.6
Melatih beberapa orang murid yang mahir komputer untuk membantu
Jawatankuasa menjalankan tugas. 2.7
Memastikan komputer bebas dari virus.Disket yang dibawa dari rumah perlu
bersihkan dahulu.Anti virus perlu sentiasa di ‘UPGRADE’ 2.8
Merancang Kursus Komputer (Penyelenggaraan / Pemasangan) dan dibuka
kepada sekolah lain yang berminat.
|